Sunday, January 9, 2011

Hujung Minggu Biasa.

Hmmm...Hujung minggu aku ini hari cam biasa.Tido cam biasa gak malam semalam pastu bangun nah,ko!hbs lambat bangun.tapi xpe r coz hujan.Bangun awl2 pun nak wat ape coz skang sini Musim Hujan.X banyak nak citer untuk ceritera ini hari sebab malam ni nak tgk AJL25.(FT.Huhuhu).
Sebelum 2 aku nak citer sikitlah pasal awek.Aku ade kenal dengan awek FB.Kire cute gak la orangnye.Comey gedik.Dak kolej Kuantan.Hmm..Tasha namenye.Aku dah dapat nombornya lama dah tapi tetiba itu hari rase tergerak hati nak call die.Masa call die dah lupe aku coz sebelum ni pun aku jarang nak call die.Xpe kite kasi die ingat balik.Lepas je call.Tetiba lak dah jadi kawan.Die kata nak jumpe dalam dunia realiti.X best nak main dalam dunia cyber.Yang xleh blahnye ade ke die ade ajaknye aku datang rumah die nak suh aku jumpe mak die.Perghhhh???!!!!Cakap ko..Mane biasa aku nak jumpe mak orang pompuan nih.Die ade cakap nak pix aku.Aku tanye nak wat ape.Die kate nak tunjuk kat mak die.Mak die pandai bace orang katenye.Pandai bace ke pandai Long Kong dalam pale otak aku fikir.Yela,jumpe x lagi kenal pun baru cam2tu je.Mane leh aku nak bagi pix aku senang2.Hensem katekan..Hahaha..(kalo hensem dah lame ade awek).
Tapi xpelah,dengar dari cerita dalam perbualan telefon dengan dak ni pun aku rase die ni orang baik2.Tapi kena tgk lu r.Hobi aku suke tgk orang.Kire leh nak baca personaliti orang sikit2.Tapi perempuan ni best wat kawan r.Kadang2 terfikir gak nak wat die jadi awek.Kalo nak jadi awek aku kena lah melancarkan strategi jual ayat.Hek3.
Tapi malas lah.Biar jelah jiwaku ini kosong camtu je.Biar asyik sakit je tgk orang bercinta.Family 1st kan.Okeyh.Cukup citer sal pompuan.Kite masuk lak dalam citer aktiviti harian aku.Lepas tgk je AJL rase cam x percaya je yang Ana Rafali leh menang.Ingatkan penyanyi kesukaan aku si FT 2.Sikit punyer bersemangat lah aku pakai baju Superman.Hek3.Pas tgk AJL Naz lak die kate ade beli citer ESTET.Citer Melayu versi ala2 Tamil.Ingatkan best.Perggghhhh!!!!Citer ngok adelah.Camne la perfileman tempatan nak naik kalo asyik wat citer camni.Kalo nak kelainan sekali pun janganlah sampai bodohkan pelakon2 hebat.Kenapa FINAS x nak ambik pengarah tempatan wat cerita yang lain seperti permohonan NAMewee nak wat filem 1Malaysia?

Monday, December 27, 2010

KEPUTUSAN

Hari ni cam biasa kehidupan aku.Bangun tido dan siap2 terus g kelas.Aku biasa g kelas dgn nasrul.kadang2 ade gak aku g sorang2.Maklumlah budak selalu bangun lewat.Hek3.Kelas ini hari sekejap je dan kelas seterusnya ialah pada pukul 11.30.Kelas hbs awl jadi aku join Bob dan Nas g minum kat kedai coz ini hari x dapat breakfast pun lagi.
Dan pada masa minum pagi ni lah aku mempelajari perkara yang dah aku tahu tapi nak tahu lagi.Ianya ialah Dunia Dewasa.Nas dgn Bob mmg lain.Cara berfikiran dorang memang lain.Walaupun umur lebih kurang sebaya macam aku tpi pengetahuan dorang jauh lebih hebat dari aku.Ibaratnya dorang berfikiran panjang.Banyak ilmu kematangan yang boleh dipelajari dari dorang.Ya,sejak aku duk Kuantan aku jumpe macam2 orang.Ada yang camtu dan ade yang camni.Berbalik kat kedai kopi tadi,Bob topik penceritaan Bob agak lain dengan aku.Dia banyak menceritakan tentang keluarga,cara hidup dia dan yang paling penting ialah dia memuji aku coz dia kata aku ni pun berilmu pelik gak.Pelik pasal ape?Sebabnmye aku ni suke tgk orang dan ambil tahu perkara2 yang orang jarang ambik tahu.Yang paling kelakarnye die leh bukak balik citer pasal aku ade bagi contoh negara Republic of Dominican masa aku sem 5.Hahahaha..Kelakar tol sebab dia siap nak Bet lagi dengan aku kalo ade lebih 3orang yang tahu pasal negara ni die nak bagi RM50 kat aku.
Time lepak pagi memang banyak aku dapat belajar,ape yang aku belajar ialah manusia ni berlainan sikap.Ada yang leh terima kita dan ada yang xleh terima cara kita.Yang nas lak die ada cakap yang makin dewasa umur kita makin banyak keputusan kena kite buat.dan masa die umur 18 dulu pun ada pakcik die cakap yang SELAMAT DATANG KE DUNIA MEMBUAT KEPUTUSAN.Wah,satu ucapan yang jarang didengar.Aku terlintas dan berfikir betul gak apa yang dikatakan tuh.yelah,dengan umur aku skang ni aku still ragu2 nak wat keputusan asyik nak ikut orang je.Sampai bile nak macam ni kan?Jadi pasni aku rasa nak cuba belajar slow2 dengan bnde2 camni.Nanti xdelah jadi tonggong sgt.Tapi betullah sebelum ni aku memang susah nak wat keputusan sendiri sampaikan nak beli pakaian pun nak kena tanya orang.Haih...
Bagus gak dapat kawan camni.Banyak leh bantu kite.Yela,sebelum ni pun perangai aku pun bukannya baik sangat,ramai yang x suke dan ramai gak yang suh aku berubah.Tapi perubahan aku bukan kerana orang tapi perubahan aku ni atas kehendak diri aku sendiri yang nak cuba memajukan diri sendiri.Buat apa nak berubah ikut orang nanti jadi benda lain.Nampak berlakon sangat tak cantik pulak dipandang orang.

Wednesday, December 22, 2010

PERCUBAAN PERTAMA

       Malam ni mmg xleh nak tido coz dah puas tido petang.Jadi,otak dah x tahu nak wat ape lagi selain bermain FB.Terlintas otak hendak membuat satu blog bagi menceritakan kisah-kisah hidupku ini.Idea yang boleh hendak buat ceriteraku ini adalah sumber dari kawan baik aku yang bernama Asraf.Dia ada cakap yang kalau ada siapa-siapa yang pandai mengarang bolehlah buat kisah pasal Aiman nih.Hmmm..mane ade pengarang nak buat cerita pasal aku ni.Jadi,aku ambik keputusan baik aku jelah yang menceritakan kisah-kisah aku ni.Kisah kehidupan aku ni xdelah sehebat mana2 manusia lain coz aku ni orang biasa sahaja.Buat blog ni pun sekadar hendak melepaskan ape yang nak dilepaskan dan berkongsi pengetahuan kpd follower2 yang sudi ikut.
        Ok,kite mula sesi blog aku ni dengan percubaan pertama aku untuk bercerita di dalam dunia cyber.Nama aku Aiman dan anak kepada ayah aku iaitu Arep.Aku berasal dari Kelantan dan menetap di PD.Mmg hidup aku dan kebesaran aku di PD.I Love PD.Sekian sahaja ceritaku untuk hari ini coz nama lagi percubaan.risau gak nak cite banyak2 ni takut pepehal susah.