Monday, December 27, 2010

KEPUTUSAN

Hari ni cam biasa kehidupan aku.Bangun tido dan siap2 terus g kelas.Aku biasa g kelas dgn nasrul.kadang2 ade gak aku g sorang2.Maklumlah budak selalu bangun lewat.Hek3.Kelas ini hari sekejap je dan kelas seterusnya ialah pada pukul 11.30.Kelas hbs awl jadi aku join Bob dan Nas g minum kat kedai coz ini hari x dapat breakfast pun lagi.
Dan pada masa minum pagi ni lah aku mempelajari perkara yang dah aku tahu tapi nak tahu lagi.Ianya ialah Dunia Dewasa.Nas dgn Bob mmg lain.Cara berfikiran dorang memang lain.Walaupun umur lebih kurang sebaya macam aku tpi pengetahuan dorang jauh lebih hebat dari aku.Ibaratnya dorang berfikiran panjang.Banyak ilmu kematangan yang boleh dipelajari dari dorang.Ya,sejak aku duk Kuantan aku jumpe macam2 orang.Ada yang camtu dan ade yang camni.Berbalik kat kedai kopi tadi,Bob topik penceritaan Bob agak lain dengan aku.Dia banyak menceritakan tentang keluarga,cara hidup dia dan yang paling penting ialah dia memuji aku coz dia kata aku ni pun berilmu pelik gak.Pelik pasal ape?Sebabnmye aku ni suke tgk orang dan ambil tahu perkara2 yang orang jarang ambik tahu.Yang paling kelakarnye die leh bukak balik citer pasal aku ade bagi contoh negara Republic of Dominican masa aku sem 5.Hahahaha..Kelakar tol sebab dia siap nak Bet lagi dengan aku kalo ade lebih 3orang yang tahu pasal negara ni die nak bagi RM50 kat aku.
Time lepak pagi memang banyak aku dapat belajar,ape yang aku belajar ialah manusia ni berlainan sikap.Ada yang leh terima kita dan ada yang xleh terima cara kita.Yang nas lak die ada cakap yang makin dewasa umur kita makin banyak keputusan kena kite buat.dan masa die umur 18 dulu pun ada pakcik die cakap yang SELAMAT DATANG KE DUNIA MEMBUAT KEPUTUSAN.Wah,satu ucapan yang jarang didengar.Aku terlintas dan berfikir betul gak apa yang dikatakan tuh.yelah,dengan umur aku skang ni aku still ragu2 nak wat keputusan asyik nak ikut orang je.Sampai bile nak macam ni kan?Jadi pasni aku rasa nak cuba belajar slow2 dengan bnde2 camni.Nanti xdelah jadi tonggong sgt.Tapi betullah sebelum ni aku memang susah nak wat keputusan sendiri sampaikan nak beli pakaian pun nak kena tanya orang.Haih...
Bagus gak dapat kawan camni.Banyak leh bantu kite.Yela,sebelum ni pun perangai aku pun bukannya baik sangat,ramai yang x suke dan ramai gak yang suh aku berubah.Tapi perubahan aku bukan kerana orang tapi perubahan aku ni atas kehendak diri aku sendiri yang nak cuba memajukan diri sendiri.Buat apa nak berubah ikut orang nanti jadi benda lain.Nampak berlakon sangat tak cantik pulak dipandang orang.

Wednesday, December 22, 2010

PERCUBAAN PERTAMA

       Malam ni mmg xleh nak tido coz dah puas tido petang.Jadi,otak dah x tahu nak wat ape lagi selain bermain FB.Terlintas otak hendak membuat satu blog bagi menceritakan kisah-kisah hidupku ini.Idea yang boleh hendak buat ceriteraku ini adalah sumber dari kawan baik aku yang bernama Asraf.Dia ada cakap yang kalau ada siapa-siapa yang pandai mengarang bolehlah buat kisah pasal Aiman nih.Hmmm..mane ade pengarang nak buat cerita pasal aku ni.Jadi,aku ambik keputusan baik aku jelah yang menceritakan kisah-kisah aku ni.Kisah kehidupan aku ni xdelah sehebat mana2 manusia lain coz aku ni orang biasa sahaja.Buat blog ni pun sekadar hendak melepaskan ape yang nak dilepaskan dan berkongsi pengetahuan kpd follower2 yang sudi ikut.
        Ok,kite mula sesi blog aku ni dengan percubaan pertama aku untuk bercerita di dalam dunia cyber.Nama aku Aiman dan anak kepada ayah aku iaitu Arep.Aku berasal dari Kelantan dan menetap di PD.Mmg hidup aku dan kebesaran aku di PD.I Love PD.Sekian sahaja ceritaku untuk hari ini coz nama lagi percubaan.risau gak nak cite banyak2 ni takut pepehal susah.